Thursday 23 May 2013

Seorang lelaki yang hebat ..








Kali nyh entry aku bukan pasal seorang lelaki yang bergelar BuahHati ,, tetapi kali nyh entry pasal seorang LelakiSejati yg terhebat di kaca mata aku ,, seorang ayahnda yg dikhaskan untuk kami adik beradik dan seorang suami untuk seorang wanita yang dia kasihi dan mencintai , Mama ..
En.Zulkifli bin Jamaludin berumur 47 tahun . dilahirkan pada 18 April 1964 di Tanjung Karang ,Selangor .Anak kedua dari 4 org . memegang jawatan sebagai seorang anggota polis dan mengambil keje sambilan sebagai seorang pemandu teksi di Airport .. ramai org tertanya-2 , knape msti amek part time lg sedangkan ayahnda sudah mempunyai pekerjaan tetap dan gaji yg cukup utk menampung kami sekeluarga ..?? haaaa , ini kerana ayahnda tidak mahu mengharapkan itu sahaja , ayahnda mahu memberi kesenangan kepada ahli keluarga nya . tidak mahu anakndanya belajar susah . cukup lahh selama 5 tahun yg lalu kami sekeluarga pernah hidup susahh akibat buatan orang .. tp ayahnda sangat tabah dan cekal untuk mencari rezeki yang halal untuk sesuap nasi kpd keluarganya . Ayahnda tidak pernah menunjukkan rasa susah hati nye dkt anak2nya . betape habatnye ayahnda berlakon di depan anak2 . Ayahnda mungkin garang  ,, tp ayahnda garang bertempat . apabila anak2 ayahnda melakukan kesilapan , sudah pasti ayahnda harus marah dan menegur kerana itu sememangnya tanggungjawab ayahnda . Ayahnda mara dan menegur adalah untuk mendidik .. Tanpe ayannda , siapalah anaknda yg munkin tidak akan belajar ke peringkat diploma .
Ayahnda , anaknda seringkali berasa sebak bila terkenangkan segala pengorbanan ayahnda terhadap anknda sejak dari anaknda kecil lg . bonda pernah berceritee , dari anaknda dlm perut bonda lg , ayah sering mentiskan airmata sbb para medic pernah berkata bahawa anaknda tidak normal dan sebagaiinya . dal selepas anaknda dilahirkan , dan sedang membesar , ayahnda menitis kan lg air mata gara2 anknda mempunyai bisul dan harus dibuang .. dan ketika di sekolah rendah , anaknda mu ini sangat lah lasak ,degil dan hyperactive . dan disebabkan perangai anaknda mu begini , tgn kiri anaknda mu ini patah di belah kiri . menitis lg air mata sewatu para medic merentap baju anaknda ketika itu dan melihat tgn anaknda lemah longlai .. maaf .. dan selama itu ayanda dan bonda terpaksa ulang alik dari shah alam ke hospital klang utk menjenguk anaknda yg terlantar di situ . maaf ayahnda , dari kecik lg , anaknda membebankan mu . dan ketika anaknda meningkat dewasa ,, menitis lg air mata ayahnda disebabkan anaknda .. kita bersama bonda menangis tak terkata bila para medic mengesahkan anaknda menghidap penyakit Young Strock/ Angin Ahmar . anaknda nmpk muke kerisauan dan kesedihan di muka bonda dan ayahnda . tidak dapat menerima takdir yg anaknda tidak sempurna mungkin ?? maaf kerana anaknda , tugasan ayahnda dib alai sering terganggu dan reputasi teerjejas gara2 anaknda . setiap hari ulang alik ke hospital . dan ketika anaknda di bawa pulangg , ayahnda pimpin anaknda kebilik air utk mandi .. pimpin anaknda belajar jalan ,, pimpin anaknda bawak ke hospital utk medical check up ,, pimpin anaknda kemane ,, menolong bonda yg tak mampu nak memimpin anaknda yg berat ini .
Ayahnda , mungkin ayahnda perasan , sejak anaknda belajar berjauhan dan hidup berdikari dgn kawan2 , setiap minggu ayahnda akan menjemput anaknda pulang . rindu dan tak terbiasa berjauhan mungkin ?? ahahhaha , anaknda perasann lebey pulakk .. ! . dan setiap kali ayahnda menghantar anaknda pulang kerumah sewe anaknda , ayahnda akn membalas ciuman anaknda .. dulu kita xpernah pon begini sebab perasaan malu mula mendatang kitika di zaman sekolah lg . tp kli ini tidak ad lg perasaan malu . setiap minggu anaknda akan mendapat ciuman dr ayahnda .. dan sewaktu anaknda jatuh sakit , setiap hari ayahnda member ciuman untuk anaknda , untuk memberi semangat mungkin . ayahndaa , selama ini kite jarang berkomunikasii ,, tp pabila anaknda menyambung pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi , kita saling berkomunikasi .. klaw anaknda tidak dpt pulang , ayhnda akn menghubungi anaknda dan menanyakan kesihatan dan khabar anaknda dan kawan2 anaknda . kadang2 dtg kerumahh sewe anaknda , makan same2 .. anaknda terharu dan rasa di sayangi even ayahnda tak pernahh ckp .. :’D
Ayahnda , ketika anaknda menulis entry ini , anaknda berada dalam keadaan sejuk sgt2 .. kenapee ? sebab td anaknda redah hujan  anaknda redah hujan bersama ayahnda . Bagi anaknda , ini perkare yg manis utk anaknda , sbb kite tak pernah mengalami perkare itu . kite elak banjir , lopak2 dan hujan lebat . Ayahnda begitu prihatin , sehingga memberi  jaket anaknda yg bongsu utk anaknda pakai dan mengelak kene hujan . tp anaknda tak pakai , sebab ayahnda sendri pon tak de ape2 protection diri .. same adil kan . J ayahnda sanggup redahh hujaann .. trime kasihh .. anaknda paham situasi kita , kalaw x disebabkan keretee rosak , mane mungkin ayahnda akan berbuat demikian kan .. ayahnda begitu melindungi anak2 dan bonda .tak mungkin , perkare ini akan berlaku pade org sebaya anaknda dan merasa seperti ini bersame ayahnde mereke ..  dan ketika bonda sakit kepala ponn , ayahnda sanggup berlari pulang walaupun baru je sampai ke tempat kerja …ayahnda sentiasa mahu berada di sisi bonda kalaw bonda tak sihat .
Ayahnda , anaknda memohon maaf kerana selama ini anaknda banyak membuat ayahnda susah hati terhadap anaknda .. Anaknda juga ingin ucapkan terima kasih sbb menjaga dan membesarkan anaknda selama 20 tahun .. Anaknda berharap umur anaknda panjang lg untuk membalas segala jasa ayahnda dan bonda . In sha Allah . Ayahnda lah lelaki paling hebat dalam keluarga kami .. anaknda bersyukur mempunyai seorang bapa seperti ayahnda .
love you ayah ,, Mr. Zulkifli b Jamaludin

No comments:

Post a Comment